CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, February 06, 2007

Sumbangan Satu Untuk Satu

Beberapa minggu yang lepas, aku dan team Squad Charity [dulu dipanggil team Projek Syawal] ada membuat kutipan wang ringgit, pakaian, barang2 keperluan. Walaupun telah banyak badan2 berkanun/bukan kerajaan yang telah menjalankan sesi pungutan derma untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Johor, projek kami ini tetap mendapat perhatian yang sewajarnya dari insan-insan yang bermurah hati yang sudi menghulurkan bantuan. Alhamdulillah. Terima kasih yang tak terhingga buat mereka yang telah sudi menderma. Hanya Allah saja yang dapat membalas budi baik kalian semua.

Semalam, aku, Mya, Odah, Ida dan Fay telah berkumpul dan telah men'sorting'kan pakaian-pakaian yang telah didermakan. Sungguh banyak sekali pakaian yang kami terima. Terima kasih ye!! Kami juga telah menerima sumbangan berbentuk pampers, ubat gigi, berus gigi, tuala, telekong dan kasut. Alhamdulillah! Syukur!

Photobucket - Video and Image Hosting
Tengah bz sort baju2 yang didermakan.

Photobucket - Video and Image Hosting
Baju2 yang telah di sort.

Photobucket - Video and Image Hosting
Antara barang2 keperluan yang telah didermakan.

Walau bagaimanapun, kami masih mengharapkan sumbangan berbentuk wang ringgit untuk kami membeli barang-barang yang agak penting [seperti pakaian dalaman lelaki dan wanita serta kanak2]. Sekiranya masih ada yang sudi menghulurkan derma, sudi apalah kiranya korang mem'bank-in'kan RM korang ke dalam akaun yang tersebut di bawah ye: -

Maybank 162076018103 Suriyati Hussin [email: suri@bnm.gov.my]
Maybank 114093434610 Nor Aimah Mohd Nor [email: aimah@bnm.gov.my]

Semoga segala usaha murni kita diberkati Allah SWT hendaknya. Insya Allah.

Regards,
Aemiey

Friday, January 19, 2007

Bantuan Bencana Alam - Satu Untuk Satu

Satu Untuk Satu adalah satu sumbangan anda untuk satu mangssa. Beli satu ubat gigi/sabun/berus gigi serahkan kepada kami untuk disampaikan kepada mereka sebagai tanda kasih sayang anda.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera

Kami sedang menjalankan projek ke-2 kami 'Bantuan Bencana Alam' (BBA Projek) bagi bencana banjir di Johor. Sehubungan dengan itu, kami mengalu-alukan sumbangan daripada anda disamping bersama-sama menjalankan tanggungjawab sosial menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana tersebut.

Seperti yang dimaklumkan, mangsa bencana amat memerlukan bantuan seperti berikut:
- Pakaian kanak-kanak dan bayi (diutamakan)
- Pampers/lampin (diutamakan)
- Tuala mandi
- Susu bayi 1 - 6 bulan - 1 tahun - 6 tahun / Milo (sekiranya berkemampuan)
- Sabun antibakteria (diutamakan)
- Ubat gigi dan berus gigi kanak-kanak & dewasa (diutamakan)


Bantuan boleh dibuat melalui dua cara:
1) Beli dan hantar ke lokasi pengumpulan di kaunter GYM BNM (digalakkan).
2) Menyalurkan wang ke akaun dibawah:

Maybank 162076018103 Suriyati Hussin
Maybank 114093434610 Nor Aimah Mohd Nor

Projek ini akan berlangsung bermula hari ini 19 - 26 Januari 2007.
Sila hubungi Sa'odah (8398) atau Idarina (8502) untuk sebarang pertanyaan.

~Satu untuk Satu lambang keperihatinan anda~


Regards,
Fay

Ringkasan Cash Flow

Income
1) Sumbangan cash dan jualan bahan mentah RM9243.10 + duit raya anak2 yatim Setapak
2) Beras 4 X 10kg
3) Tepung 6kg
4) Gula 2kg
5) Butter 18 ketul
6) Beras Fidyah 25kg
7) Paper bag (individual donor) 75 pieces
8) Paper bag (Money Museum) 400 pieces
9) Telekung 2 pasang
10) Hamper Coklat

Outgo
1) Bahan mentah kuih raya RM634.34
2) Duit raya Gombak RM460
3) Kepada Penyelia Gombak RM500
4) Duit Raya Country Homes RM800
5) Kepada Penyelia Country Homes RM500
6) Duit raya Johan Setia RM680
7) Kepada Penyelia Johan Setia RM500

Balance cash RM5,168.76

Balance Barang2 Belum Diagih
- Telekung
- Hamper coklat
- Beras 10kg
- Money Museum paper bag
- Air tin


Regards,
Suriyati

Laporan Lawatan Ke Rumah Anak-Anak Yatim Baitul Saidatina Khadijah

Nama Rumah, Alamat Dan No Telefon
Pertubuhan Kebajikan Anak yatim Dan Miskin,
Baitul Saidati Khadijah,
No 32R, Lot 346,
Batu 8 ¾, Jln Pahang Lama,
53100 Gombak,
Selangor Darul Ehsan
Penyelia : Puan Esah Bt Abdullah
H/p : 019-3638441

Ringkasan Latarbelakang
Menempatkan 22 orang anak-anak yatim, miskin dan muallaf yang berumur dalam lingkungan 5 tahun ke 14 tahun. Rumah yang diduduki adalah rumah satu tingkat berkembar dua. Satu pintu menempatkan anak-anak lelaki, dan satu pintu lagi untuk anak-anak perempuan. Penyelia dan suami tinggal di salah satu bilik di rumah anak-anak lelaki. Mempunyai jadual harian yang rapi dan teratur dari segi pembelajaran dan bimbingan islamiah. Anak-anak ini mempunyai kelas2 fardhu ain, iqra’, muqaddam, bacaan yaasin, al-quran dan tazkirah, kuliah subuh, nasyid dan ceramah serta kelas tuisyen bahasa inggeris, sains dan matematik.

Senarai Keperluan/Perbelanjaan Sebulan
1) Sewa rumah 2 pintu sejumlah = RM1400
2) Elektrik dan Air = RM500
3) Wang saku sekolah menengah (RM1.50x30 hari = RM45 x 2 orang) = RM90
4) Wang saku sekolah rendah (RM1 x 30 hari = RM30 x 16 orang) = RM480
5) Tambang bas (RM1 x 30 hari = RM30 x 18 orang) = RM540
6) Bahan makanan mentah = RM1,300
7) Bahan runcit = RM1,000
8) Alat Tulis = RM600
9) Elaun Tukang Masak (RM400 x 2 orang) = RM800
10) Elaun Penyelia = RM700
11) Elaun Guru Tuisyen (RM500 x 3 orang) = RM1,500
12) Yuran Tadika = RM180
13) Lain2 perbelanjaan rawatan kesihatan dan perubatan = RM900

Jumlah Besar RM 9,990

Sumbangan yang Telah Diserahkan
1) Wang berupa duit raya kepada 23 orang anak yatim = RM460
2) Wang kepada penyelia untuk tujuan pengurusan Baitul Saidatina Khadijah = RM500

Rancangan Masa Hadapan

1) Pengagihan wang sejumlah RM1,000 (baki dari kutipan sepanjang bulan Ramadhan yang lepas) bagi tujuan persediaan sessi persekolahan tahun 2007
2) Mencari sukarelawan2 mengajar kelas tuisyen bagi subjek bahasa inggeris, matematik dan sains
3) Menyampaikan sumbangan berbentuk makanan dan pakaian kanak-kanak
4) Mencari penyumbang2 tetap bagi Baitul Saidatina melalui program *Penaja Berhati Mulia yang memberikan komitmen menyumbang wang setiap bulan secara tetap selama setahun.
5) Mencari penderma-penderma yang mahu menyumbangkan barang-barang seperti berikut
a. Komputer
b. Peti ais
c. Mesin basuh
d. Meja dan kerusi (makan dan menulis)
e. Rak Buku
f. Almari pakaian
g. Kipas angin
h. Alat pemadam api
6) Menganjurkan lawatan ke Money Museum seperti yang dicadangkan oleh Encik Abd Manan Ab Rahman (Pengurus di Jabatan Perkhidmatan Korporat, Bank Negara Malaysia)

• Program Penaja Berhati Mulia adalah program dimana kita akan mencari sekumpulan penderma yang akan memberikan komitmen dalam sumbangan wang tunai bulanan secara tetap untuk tempoh setahun. Kontrak program akan diperbaharui setiap setahun. Dijangkakan akan bermula Januari 2007. Sumbangan setiap bulan akan dikutip oleh salah seorang ahli komiti yang diamanahkan. Serahan akan dibuat serta merta kepada penyelia selepas kutipan selesai dibuat.



Laporan disediakan oleh,
Suriyati Hussin

Thursday, October 19, 2006

Laporan Projek Syawal 2006 - Asrama Penyayang Nur Iman

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semalam, Rabu bersamaan 18 Oktober 2006, Aemiey, Mya dan Ida telah berkesampatan untuk menyampaikan sumbangan dari kalian ke Asrama Penyayang Nur Iman yang terletak di Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur.

Sebelum memulakan perjalanan, kami telah singgah ke Jaya Jusco, Wangsa Maju untuk membeli barang2 keperluan seperti milo, gula, susu, kordial dan biskut, hasil sumbangan ikhlas kalian yang berjumlah RM 150.

Photobucket - Video and Image Hosting
Barangan2 keperluan yang dibeli dari Jaya Jusco, Wangsa Maju.

Photobucket - Video and Image Hosting
Beg kertas yang berisi air tin, kuih dan muffin.


Walaupun perjalanan kami menghadapi sedikit masalah seperti kereta Ida kehabisan minyak, sesat [kami telah mendapat info alamat yang salah, mencari di kawasan perkampungan Bandar Dalam, Sentul, walhal asrama tersebut telah berpindah ke Taman Ibu Kota setahun yang lalu], cuba menelefon Ustazah Sarimah tapi tidak berjawab [kerana beliau pergi solat terawikh dan hanya pulang ke asrama pada jam 10pm], terpaksa bertanya pada pakcik2 di tepi jalan, bertanya pada peniaga kedai runcit/abg mekanik/pakcik yang cacat/adik2, termasuk ke jalan mati dan bermacam-macam lagi masalah yang timbul, namun ianya tidak mematahkan semangat kami untuk terus mencari asrama tersebut.

Photobucket - Video and Image Hosting
Signboard yang terletak di pagar asrama terbabit


Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya sampai ke Asrama Penyayang Nur Iman bila jarum jam hampir menunjukkan ke angka 10.15pm. Kami disambut dengan baik sekali oleh anak2 yatim piatu dan anak2 dari keluarga yang tidak berkemampuan. Mereka bergotong-royong membantu kami mengeluarkan barang2 sumbangan dari dalam bonet kereta kami. Bibir mereka tidak henti2 mengucapkan ribuan terima kasih kepada kami [kepada kita semua khasnya] kerana sudi menghulurkan sumbangan.

Photobucket - Video and Image Hosting
Kanak2 lelaki yang menyambut ketibaan kami.

Photobucket - Video and Image Hosting
Bekerjasama mengangkat barang2 sumbangan.


Menurut Ustazah Sarimah, anak2 tersebut sedang menantikan wakil dari sebuah syarikat yang berjanji untuk menderma kasut raya kepada mereka. Wakil syarikat tersebut berjanji untuk datang ke asrama tersebut pada jam 2pm, namun sehingga jarum jam mencecah 11pm, bayangan wakil syarikat tersebut tidak langsung kelihatan. :(

Photobucket - Video and Image Hosting
Kanak2 perempuan berkumpul di sudut asrama.

Photobucket - Video and Image Hosting
Kanak2 lelaki yang sibuk mengulangkaji pelajaran.



Untuk makluman semua, kanak2 lelaki dipisahkan daripada kanak2 perempuan. Asrama yang kami kunjungi semalam merupakan tempat mereka berkumpul dan merangkap hostel untuk kanak2 lelaki. Kanak2 perempuan ditempatkan pula di sebuah rumah di Medan Idaman. Perbelanjaan sewa bulanan mencecah RM 3100 setiap bulan dan bayaran tersebut semuanya diterima daripada sumbangan orang ramai. Begitu juga dengan barangan keperluan asrama tersebut, duit yuran sekolah kanak2 terbabit. Nauzubillah. Bayangkanlah jika tidak ada sesiapa yang menyumbang ke asrama terbabit, bagaimanakah nasib anak2 tersebut?! Isk!!! Terharu rasa dihati.

Photobucket - Video and Image Hosting
Ustazah Sarimah tak sihat malam tu, batuk2. Semoga cepat sembuh.


Ustazah Sarimah merupakan pengasas bagi Asrama Penyayang Nur Iman. Sebelum ini, beliau pernah mengajar di sekolah agama, sekolah kebangsaan namun beliau telah tekad dan berhenti kerja lalu menubuhkan Asrama Penyayang Nur Iman dengan dibantu oleh adik2 dan rakan2 taulan secara sukarela tanpa sebarang bayaran pun. Ustazah Sarimah memaklumkan kepada kami, asrama tersebut menerima anak2 dari keluarga yang tidak berkemampuan, anak2 yatim piatu dan juga anak2 orang asli mualaf. Kanak2 yang paling kecil yang menghuni asrama tersebut berumur 6 bulan dan yang paling besar berumur 14 tahun. Menurut Ustazah, mereka akan menjaga kanak2 tersebut sehingga mereka mendapat pekerjaan, dan bagi kanak2 perempuan pula, mereka sudi menjaga sehingga kanak2 tersebut mendirikan rumahtangga [sekiranya tidak mendapat pekerjaan]. Besar sungguh pengorbanan yang dilakukan oleh Ustazah Sarimah. Kagum sungguh dengan semangatnya yang kental itu.

Sewaktu kami ingin pulang, kanak2 perempuan juga ingin pulang ke asrama mereka dengan menaiki van. Sekali lagi hati kami dipaut rasa pilu bila menyaksikan sebuah van penuh sendat dinaiki kanak2 perempuan seramai 20 orang. Bayangkanlah! Hanya itu sahaja kenderaan yang mereka ada untuk membawa kanak2 tersebut kemana-mana sahaja. Isk!

Ustazah Sarimah menyampaikan salam buat kalian semua yang telah sudi menghulurkan derma/sumbangan dengan ikhlas. Insya Allah, jika ada kesempatan, kami akan pergi lagi ke asrama tersebut untuk menyumbangkan pakaian dan alat2 tulis kepada anak2 yang bernasib malang itu.

Sekiranya masih ada lagi dikalangan kalian yang ingin menghulurkan derma/sumbangan ikhlas tak kira dari segi apa pun [samada wang tunai, alat tulis, pakaian, barang2 keperluan], kami menerimanya dengan hati yang terbuka.

Semoga Allah memberkati usaha murni kita semua, Insya Allah.

Sekadar renungan: Terfikir kalau kita ditempat mereka. :(

Monday, October 16, 2006

Projek Syawal - 16 Oktober 2006

Pada hari Jumaat bersamaan 13 Oktober 2006 yang lalu, team Projek Syawal [bahagian BNM] telah pun mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan serta memilih tempat2 dan individu2 perseorangan yang bakal menerima sumbangan dari kalian yang telah sudi menderma untuk Projek Syawal 2006 ini.

Berikut adalah senarai individu dan rumah2 yang bakal menerima sumbangan dari Projek Syawal: -

1)
Asrama Kasih YBK
Jalan Melur 2/4
Kg. Seri Serendah
48200 Serendah
Hulu Selangor
(Tuan Haji Abdul Latif - 012-2115147/03-60812821)

2)
Asrama Penyayang Nur Iman C KL
No. 5, Kg. Bandar Dalam 6/4
Sentul
51100 Kuala Lumpur
(Ust. Sarimah - 03-40222404/019-2519082)

3)
Fatimah Usop
1498, Peringkat 2
Kampung Ampang Indah
68000 Ampang

4) Yahya Yusof
E 1/5, Flat Sentosa
Sg. Jerluk
43000 Kajang
Selangor

Pendapatan:

Untuk makluman semua, jumlah kutipan derma wang tunai yang telah berjaya dikumpul sehingga ke hari ini ialah sebanyak RM 3124.80 (Ringgit Malaysia: Tiga ribu seratus dua puluh empat dan sen lapan puluh sahaja)

Berikut pula senarai bahan-bahan mentah yang telah didermakan kepada team Projek Syawal: -

Butter - 18 ketul
Tepung - 6kg
Gula - 2kg
Muffin mix - 400 biji
Sampul Angpau - 200 keping
Beras (untuk bayar fidyah) 4x10kg + RM 50

Perbelanjaan:

Pembelian bahan-bahan mentah untuk membuat kuih - RM 300/=
Pembelian bekas kuih sebanyak 200 kotak - RM 250/=

Keperluan lain:

Kami memerlukan sumbangan berbentuk Paper Bag (Beg kertas) untuk mengisi kuih2, kordial dan barangan-barangan yang lain untuk disedekahkan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin nanti.

Jika ada yang sudi menderma alatulis serta barangan keperluan harian, kami amatlah mengalu-alukannya.

Sumbangan wang tunai juga masih diterima.

Aktiviti:

Untuk makluman semua, kami akan mula membungkus kuih-muih tersebut pada hari Isnin dan Selasa ini.

Insya Allah, pada hari Rabu dan Khamis nih, kami akan mula mengedarkan hamper dan duit raya ke lokasi2 seperti yang tertera di atas.

Sama-samalah kita berdoa agar segala usaha murni kita ini diberkati Ilahi. Insya Allah.

Derma bagi pihak yang telah meninggal dunia

[Entry ini dipetik dari sebuah email yang dihantar oleh seorang teman]

Assalamualaikum...

Kepada semua pembaca email nih. Saya amat tertarik dengan ceramah yang saya dengar tempoh hari sempena israk mikraj. Penceramah tersebut ada menyentuh tentang kebaikan bersedekah ni, dia membuat perbandingan dengan sembahyang…inilah petikan ceramah beliau:-

Sememangnya sembahyang itu wajib didirikan walau apa cara sekalipun… mari kita lihat sebelum sembhayang hendaklah kita berwuduk dalam bewuduk ada yang sah dan mungkin juga tidak.. Wallahualam.

Selepas tu kita pun sembahyang… dalam sembahyang pun ada jugak betul dan ada yang tak betul kita lakukan. dari segi fatihahnya, ruku’nye dan rukun2 yang lain dalm mengerjakan solat,samada sembahayang kita sah atau tidak itu Allah yang menentukan…. Wallahualam.

Tapi bila besedekah dengan ikhlas maka Allah akan terima bulat2 amalan kita itu…. Inikan pula sedekah untuk pembinaan surau atau masjid. Selama mana orang mengunakan surau/masjid itu selama itulah kita mendapat keberkatan…tapi jangan pulak kita tak sembahyang lepas ni dan bersedekah je.. tak betullah tu.. sedekah dan sembahyang mesti dilakukan seiring.

Saranan saya bersedekahlah dan niat untuk ahli keluarga yang dah meninggal…kerana kalau sedekah bg pihak yg dah meninggal mereka akan dapat separuh kebaikan daripada org yg hidup bersedekah… Bagi saya separuh itu cukup besar dari tak dapat langsung.. kerana mereka kat dalam kubur tu amat mengharap drp kita yang hidup utk sedekahkan Fatihah atau membaca Yasin… atau berdoa..cuba fikir kalu kita mati pulak sape nak berdoa untuk kita, mungkin anak pastu cucu dan rasenye sampe situ je.

Tapi kalu kita sedekah-jariah semasa kita hidup… anda renungkanlah sendiri…kebajikan yang kita dapat tidak akan terhenti seperti kita punya amalan setelah kita mati… malah ia akan berteruskan sampai akhir zaman.

Disini adalah salah satu cabang yang saya tahu untuk beramal jariah..Ikut suka anda nak derma berapa. Kalau tak pasti pergilah deposit machine dan tekan no. accaunt ni apabila tertera nama surau ni masukan berapa nilai yang anda inginkan..untuk pengetahuan anda pihak kami telah mendapat kelulusan meminta derma. Barangsiapa nak resit bolehlah berhubung dgn saya terus.

Nama surau : SURAU AL-HIDAYAH DESA COALFIELDS
No Akaun MBB : 5627 4010 4440
Alamat : No. 21 Jalan DC 1/7, Desa Coalfields, 47000 Sungai buluh, Selangor

Sekian terima kasih..

WASALAM


Kepada yang ada niat nak derma ke surau tersebut, boleh la berbuat demikian ye. Tapi jika masih ada yang ingin menghulurkan derma kepada Projek Syawal, anda masih boleh berbuat demikian dengan menghantar wang yang ingin didermakan melalui Maybank2u ke nombor akaun seperti yang berikut: -

Maybank 162076018103 Suriyati Hussin [email: suri@bnm.gov.my]
Maybank 114093434610 Nor Aimah Mohd Nor [email: aimah@bnm.gov.my]

Dermalah dengan hati yang ikhlas demi mendapat rahmat dan keberkatan dari-Nya.

Selamat menjalani ibadah puasa! ;)

Wednesday, October 11, 2006

Projek Syawal - 11 Oktober 2006

Assalamualaikum,

Kepada kengkawan yang telah sudi menyumbangkan wang ringgit, alhamdulillah. Terima kasih banyak2 diucapkan. Semoga Allah merahmati hidup kalian.

Disini, saya dan team Projek Syawal sekali lagi memerlukan bantuan daripada kalian semua, sekiranya kalian kenal dan tahu mana2 rumah kebajikan yang tidak mendapat perhatian dari orang ramai, fakir miskin pakcik makcik jiran tetangga yang dhaif yang memerlukan bantuan [kalau boleh biarlah sekitar Kuala Lumpur dan sewaktu dengannya ye] untuk team Projek Syawal nak distributekan hamper raya + duit raya kepada golongan yang memerlukan. Kalau boleh, bagi alamat dan nama penuh [jika individu tersebut jiran tetangga kalian] kepada saya ye.

Untuk pengetahuan kalian, team Projek Syawal telah memulakan agenda membuat kuih raya. Sekiranya ada yang berkelapangan pada hujung minggu ini dan ingin turut serta membantu team kami, sila maklumkan ye. Kepada sesiapa yang masih ingin menderma wang ringgit ataupun bahan2 mentah, kami amat berbesar hati untuk menerima sumbangan kalian tersebut.

Jasa kalian semua amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Semoga Allah memberkati usaha murni kita ini.

Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, boleh email kepada saya di
tipahvogue@gmail.com, @ suri@bnm.gov.my

Friday, October 06, 2006

Projek Syawal - Update 4 Oktober 2006

Salam,

Dear friends,

First of all.. Thank You SO MUCH.. seronok lak aku tgk korang seronok.. insyaallah.. harap2.. semua yg kita plan.. akan berhasil..

Ok.. kita boleh mula buat fund collection.. kalau boleh.. kita catit nama setiap orang yang contribute.. dan amount yg mereka contribute..

Boleh transfer to akaun

Maybank 162076018103 Suriyati Hussin
Maybank 114093434610 Nor Aimah Mohd Nor

So, bila dah terkumpul nanti.. kitorang akan bagi tau total.. so that tally dengan amount yang ada pada rekod2 korang semua ok..

As at today.. ramai yang dah setuju untuk bagi contribution.. sama ada dalam bentuk cash, bahan2 mentah.. dan tenaga..

Alhamdulillahhh sgt2...

Nanti aku update korang semua lagi ya... yg nak dtg rumah tolong wat kuih... dan sebagainya...

Things to do..

1) Beli Bahan mentah
2) Buat Kuih - ada suggestion tak nak buat kuih apa? aku prefer kuih yg senang nak buat macam cornflakes madu + biskut aiskrim .. heheh (sbb yg ni comel..)
3) Kordial - Yang ni Hurul Aini + husband akan take care..
4) Bungkus-membungkus - Yg ni final stage .. kita akan decide later nak bungkus macam mana, depends on size dan practicality
5) Delivery - Fay.. ko takda masalah kan nak hantar? petrol nanti.. kita kasik la..

Untuk tempat2 yang kita nak hantar.. semalam ada borak ngan kawan aku yg biasa buat projek mcm ni setiap tahun.. dia kata it's okay kalau kita hantar ke rumah anak2 yatim/orang tua2 .. aku fikir macam diorang ni mesti dapat banyak.. sbb diorang macam dah well known ..tapi.. based on his experience .. surprisingly.. rumah2 yang popular ni dapat sikittt je.. so.. since diorang pun akan buat projek yg sama again this year.. aku akan liase ngan dia most of the time.. utk coordinate tempat2 yang kita nak pegi.. so that, tak overlap dgn rumah2 yg diorang pegi.. diorang ada gak amik gambar2 dari last year.. insyaAllah kita akan buat cemtu gak.. dan boleh hantar thru email ke semua contributor kita nanti...

So.. first thing first... by friday ni.. kalau boleh.. kita dapat kan total collection to date.. lepas tu.. beli barang... sabtu/ahad ni dah boleh mula dah...

Berapa banyak nak buat.. kita tgk berapa rumah yang kita nak bagi.. dan total number of people kat rumah tu.. kita agak2 supaya tak lah sikit sgt utk number of people dlm rumah tu..

Ok.. Jumaat nanti.. please update ye.. sama ada contribution yg di beri terus kat korang.. dan yg transfer ke akaun aku dan aemiey..

Thanks...
May Allah bless all of us..

Regards,
Su

Projek Syawal

Salam..

Pagi tadi.. lepas sahur.. lepak2 tengok tv.. terkeluar lagu Jac.. yg jadi theme song Bersamamu.. Tersyahdu lak tgk orang2 tak berkemampuan.. cacat.. anak yatim.. bulan2 posa.. bulan2 raya ni.. mmg sayu gakbila fikir cara diorang sambut raya..

Rasa terpanggil lak nak contribute seciput ihsan buat insan2 yang kurang bernasib baik berbanding kita2 semua...

What I have in mind now.. is.. nak gather some friends.. to do some charity work.. InsyaAllah... kalau Tuhan izinkan la..

After all.. i need some contribution from all of you to make this happen. My plan is to sedekah/hadiahkan hamper berisi kuih raya (yg kita buat sendiri) + cordial drinks + cake
Reason napa nak buat sendiri kuih raya.. sebab nak jimat cost.. kalau beli.. maybe kita dpt sikit je ngan amount of money yg sama... lagipun.. hari2 weekend aku setakat ni.. selain melingkar atas katil.. ialah.. melingkar depan TV.. tak productive langsung.. !

So.. stret to the point je la ya... Aku nak ajak some of you (yg free and willing to contribute) bersama2 aku.. kita collect some cash among us.. dan kalau nak lagi panjang sedekah ni.. kita beritahu kawan2 ofis kita.. lagi senang kawan2 yg immediate... dan nanti boleh la diorang panjangkan lagi ke kawan2 diorang atau sedara mara diorang (macam iklan le plak)... cash tu kita akan gunakan untuk beli bahan mentah utk buat kuih raya.. (maybe kita buat yg simple2 dan tak memerlukan tenaga dan modal yg banyak)... tapi.. sedap =) ... selain bahan mentah.. kita gak boleh beli cordial drinks utk disertakan bersama2 dalam hamper hadiah tu nanti... utk cordial.. kalau boleh.. kita carik dari pembekal org Islam la.. lagi berkat le rasanya.. kita sokong bisnes org Islam..

Kalau kita dapat kumpul fund ni.. dan ada orang yg sanggup utk tolong aku buat kuih2 raya ni.. kita boleh start as soon as possible..

Bagi yang tak dapat nak bantu dari segi membuat kuih ataupun sumbangan RM.. maybe korang boleh tolong carikan keluarga2 atau orang persendirian yang korang rasa layak menerima hadiah ni.. aku nak target warga2 tua (yg bukan tinggal di rumah org2 tua).. dan warga miskin yg tak tinggal di rumah anak2 yatim/kebajikan yang banyak menerima sumbangan..

For example.. kat rumah aku banyak gak family yg susah.. tp.. diorang tak comply utk tinggal kat rumah org tua2/anak yatim/rumah kebajikan.. because of banyak sebab la kan.. yg penting.. kita leh buat sesuatu utk diorang dan menyerikan aidilfitri diorang... best kan feeling dapat menggembirakan org tu? kalau takda tempat nak disalurkan sumbangan ni.. cemana la pulak yek..

Location utk buat kuih raya.. InsyaAllah.. kat rumah aku ada tempat yg appropriate utk buat kuih raya (separate from my mum's kitchen).. pintu pun lain..

Jadi.. korang semua yg nak join.. are most welcome to my house... dan berbuka ngan family aku ptg nya..

Who's in?

Semoga Allah makbulkan idea aku ni.. atas sokongan korang semua..
Regards,
Su