CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, February 06, 2007

Sumbangan Satu Untuk Satu

Beberapa minggu yang lepas, aku dan team Squad Charity [dulu dipanggil team Projek Syawal] ada membuat kutipan wang ringgit, pakaian, barang2 keperluan. Walaupun telah banyak badan2 berkanun/bukan kerajaan yang telah menjalankan sesi pungutan derma untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Johor, projek kami ini tetap mendapat perhatian yang sewajarnya dari insan-insan yang bermurah hati yang sudi menghulurkan bantuan. Alhamdulillah. Terima kasih yang tak terhingga buat mereka yang telah sudi menderma. Hanya Allah saja yang dapat membalas budi baik kalian semua.

Semalam, aku, Mya, Odah, Ida dan Fay telah berkumpul dan telah men'sorting'kan pakaian-pakaian yang telah didermakan. Sungguh banyak sekali pakaian yang kami terima. Terima kasih ye!! Kami juga telah menerima sumbangan berbentuk pampers, ubat gigi, berus gigi, tuala, telekong dan kasut. Alhamdulillah! Syukur!

Photobucket - Video and Image Hosting
Tengah bz sort baju2 yang didermakan.

Photobucket - Video and Image Hosting
Baju2 yang telah di sort.

Photobucket - Video and Image Hosting
Antara barang2 keperluan yang telah didermakan.

Walau bagaimanapun, kami masih mengharapkan sumbangan berbentuk wang ringgit untuk kami membeli barang-barang yang agak penting [seperti pakaian dalaman lelaki dan wanita serta kanak2]. Sekiranya masih ada yang sudi menghulurkan derma, sudi apalah kiranya korang mem'bank-in'kan RM korang ke dalam akaun yang tersebut di bawah ye: -

Maybank 162076018103 Suriyati Hussin [email: suri@bnm.gov.my]
Maybank 114093434610 Nor Aimah Mohd Nor [email: aimah@bnm.gov.my]

Semoga segala usaha murni kita diberkati Allah SWT hendaknya. Insya Allah.

Regards,
Aemiey

0 comments: