CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 19, 2007

Bantuan Bencana Alam - Satu Untuk Satu

Satu Untuk Satu adalah satu sumbangan anda untuk satu mangssa. Beli satu ubat gigi/sabun/berus gigi serahkan kepada kami untuk disampaikan kepada mereka sebagai tanda kasih sayang anda.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera

Kami sedang menjalankan projek ke-2 kami 'Bantuan Bencana Alam' (BBA Projek) bagi bencana banjir di Johor. Sehubungan dengan itu, kami mengalu-alukan sumbangan daripada anda disamping bersama-sama menjalankan tanggungjawab sosial menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana tersebut.

Seperti yang dimaklumkan, mangsa bencana amat memerlukan bantuan seperti berikut:
- Pakaian kanak-kanak dan bayi (diutamakan)
- Pampers/lampin (diutamakan)
- Tuala mandi
- Susu bayi 1 - 6 bulan - 1 tahun - 6 tahun / Milo (sekiranya berkemampuan)
- Sabun antibakteria (diutamakan)
- Ubat gigi dan berus gigi kanak-kanak & dewasa (diutamakan)


Bantuan boleh dibuat melalui dua cara:
1) Beli dan hantar ke lokasi pengumpulan di kaunter GYM BNM (digalakkan).
2) Menyalurkan wang ke akaun dibawah:

Maybank 162076018103 Suriyati Hussin
Maybank 114093434610 Nor Aimah Mohd Nor

Projek ini akan berlangsung bermula hari ini 19 - 26 Januari 2007.
Sila hubungi Sa'odah (8398) atau Idarina (8502) untuk sebarang pertanyaan.

~Satu untuk Satu lambang keperihatinan anda~


Regards,
Fay

Ringkasan Cash Flow

Income
1) Sumbangan cash dan jualan bahan mentah RM9243.10 + duit raya anak2 yatim Setapak
2) Beras 4 X 10kg
3) Tepung 6kg
4) Gula 2kg
5) Butter 18 ketul
6) Beras Fidyah 25kg
7) Paper bag (individual donor) 75 pieces
8) Paper bag (Money Museum) 400 pieces
9) Telekung 2 pasang
10) Hamper Coklat

Outgo
1) Bahan mentah kuih raya RM634.34
2) Duit raya Gombak RM460
3) Kepada Penyelia Gombak RM500
4) Duit Raya Country Homes RM800
5) Kepada Penyelia Country Homes RM500
6) Duit raya Johan Setia RM680
7) Kepada Penyelia Johan Setia RM500

Balance cash RM5,168.76

Balance Barang2 Belum Diagih
- Telekung
- Hamper coklat
- Beras 10kg
- Money Museum paper bag
- Air tin


Regards,
Suriyati

Laporan Lawatan Ke Rumah Anak-Anak Yatim Baitul Saidatina Khadijah

Nama Rumah, Alamat Dan No Telefon
Pertubuhan Kebajikan Anak yatim Dan Miskin,
Baitul Saidati Khadijah,
No 32R, Lot 346,
Batu 8 ¾, Jln Pahang Lama,
53100 Gombak,
Selangor Darul Ehsan
Penyelia : Puan Esah Bt Abdullah
H/p : 019-3638441

Ringkasan Latarbelakang
Menempatkan 22 orang anak-anak yatim, miskin dan muallaf yang berumur dalam lingkungan 5 tahun ke 14 tahun. Rumah yang diduduki adalah rumah satu tingkat berkembar dua. Satu pintu menempatkan anak-anak lelaki, dan satu pintu lagi untuk anak-anak perempuan. Penyelia dan suami tinggal di salah satu bilik di rumah anak-anak lelaki. Mempunyai jadual harian yang rapi dan teratur dari segi pembelajaran dan bimbingan islamiah. Anak-anak ini mempunyai kelas2 fardhu ain, iqra’, muqaddam, bacaan yaasin, al-quran dan tazkirah, kuliah subuh, nasyid dan ceramah serta kelas tuisyen bahasa inggeris, sains dan matematik.

Senarai Keperluan/Perbelanjaan Sebulan
1) Sewa rumah 2 pintu sejumlah = RM1400
2) Elektrik dan Air = RM500
3) Wang saku sekolah menengah (RM1.50x30 hari = RM45 x 2 orang) = RM90
4) Wang saku sekolah rendah (RM1 x 30 hari = RM30 x 16 orang) = RM480
5) Tambang bas (RM1 x 30 hari = RM30 x 18 orang) = RM540
6) Bahan makanan mentah = RM1,300
7) Bahan runcit = RM1,000
8) Alat Tulis = RM600
9) Elaun Tukang Masak (RM400 x 2 orang) = RM800
10) Elaun Penyelia = RM700
11) Elaun Guru Tuisyen (RM500 x 3 orang) = RM1,500
12) Yuran Tadika = RM180
13) Lain2 perbelanjaan rawatan kesihatan dan perubatan = RM900

Jumlah Besar RM 9,990

Sumbangan yang Telah Diserahkan
1) Wang berupa duit raya kepada 23 orang anak yatim = RM460
2) Wang kepada penyelia untuk tujuan pengurusan Baitul Saidatina Khadijah = RM500

Rancangan Masa Hadapan

1) Pengagihan wang sejumlah RM1,000 (baki dari kutipan sepanjang bulan Ramadhan yang lepas) bagi tujuan persediaan sessi persekolahan tahun 2007
2) Mencari sukarelawan2 mengajar kelas tuisyen bagi subjek bahasa inggeris, matematik dan sains
3) Menyampaikan sumbangan berbentuk makanan dan pakaian kanak-kanak
4) Mencari penyumbang2 tetap bagi Baitul Saidatina melalui program *Penaja Berhati Mulia yang memberikan komitmen menyumbang wang setiap bulan secara tetap selama setahun.
5) Mencari penderma-penderma yang mahu menyumbangkan barang-barang seperti berikut
a. Komputer
b. Peti ais
c. Mesin basuh
d. Meja dan kerusi (makan dan menulis)
e. Rak Buku
f. Almari pakaian
g. Kipas angin
h. Alat pemadam api
6) Menganjurkan lawatan ke Money Museum seperti yang dicadangkan oleh Encik Abd Manan Ab Rahman (Pengurus di Jabatan Perkhidmatan Korporat, Bank Negara Malaysia)

• Program Penaja Berhati Mulia adalah program dimana kita akan mencari sekumpulan penderma yang akan memberikan komitmen dalam sumbangan wang tunai bulanan secara tetap untuk tempoh setahun. Kontrak program akan diperbaharui setiap setahun. Dijangkakan akan bermula Januari 2007. Sumbangan setiap bulan akan dikutip oleh salah seorang ahli komiti yang diamanahkan. Serahan akan dibuat serta merta kepada penyelia selepas kutipan selesai dibuat.



Laporan disediakan oleh,
Suriyati Hussin