CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, October 23, 2008

Laporan Projek Amal Baitul Kasih

Laporan yang ringkas2 aja deh! Tak sempat langsung nak taip pepanjang. Bz giler nih!!! Giler pon tak bz cenggini taw!!!

Alhamdulillah, Projek Amal yang dirancangkan, berjalan dengan lancar dan sempurna.

Seawal jam 10am, kelihatan segerombolan manusia menolak troli memasing mencari barang2 runcit. Masing2 berpecah, time nak bayar baru berkumpul. Sekali bershopping, nahhhhh...sampai RM 1000++. Shopping kat diri sendiri pon blom tentu cecah RM gitu. Hik hik hik....

Pas dah shopping barang runcit, kitoang berkonvoi plak gi ke Rumah Amal Baitul Kasih. Gi ke asrama lelaki. Waktu kitoang sampai tu, Ummu Liza takde, gi amek van. Tapi tak lama lepas tu, dia muncul jua. Sempat berborak kejap jek, selebihnya kitoang amek gambo jek.

Dari sudut pandangan mata kasar aku, murah sungguh rejeki Ummu Liza selepas ceritanya kuar kat Buletin Utama TV3 dulu. Ramai yang menderma. Baik dari segi makanan, barang elektrik, serta pakaian. Baju2 yang didermakan, sampai terpaksa letak kat garaj, sebab dalam rumah dah penuh dengan makanan.

Ada sikit sadis bila tengok Fatimah [anak yang cacat penglihatan tu]. Asek merengek dan menangis. Mungkin dia teringin nak melihat siapa tetamu yang hadir, tapi tak boleh. Huhuhu...Sian dia!!!

Kami tak lama duduk kat sana. Ummu Liza cam ala2 rushing nak gi anto beras2 fidyah ke rumah ibu2 tunggal di Rawang. So, aku tak berkesempatan nak 'korek rahsia' lebih dalam lagi. Mungkin ini dah ketentuannya. Redha jek la. Janji amanah orang, aku telah sampaikan kepada beliau. Selebihnya, hanya Allah saja yang Maha Mengetahui.

Sebelum balik, sempat la gak aku bagi duit raya kat anak2 yang malang tu. Soang RM 10.

Tq memanyak kepada geng2 dari BNM, Celcom dan juga kenalan baru - Syuk, yang sudi join trip anto barang2 ke Rumah Amal Baitul Kasih ni. Harap ukhuwah kita berkekalan hendaknya. Amin.

Nota kaki cagu: Tak berani nak citer detail sangat pasal kes Ummu Liza nih.