CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, September 12, 2008

Projek Baitul Kasih

Baru pagi semalam, Kak Feez hulurkan naskah mengenai Rumah Amal Baitul Kasih. Sebaik terpandang saja gambar2 [yang aku attach di bawah], ngilu dan sedih terus menggunung dalam hati. Bila baca plak kisah disebalik gambar2 tu, meruntun2 naluri keperempuanan aku dibuatnya. Huwaaaaaaaaaaa...Sadis sey!!!

Meh aku summarizekan sikit cerita untuk dikongsi bersama.

Anak kecil nih bernama Fatimah. Berumur 3 tahun, anak yatim piatu yang buta matanya. Semenjak kedua ibu bapanya meninggal [kedua2 ibu bapanya juga tidak mempunyai saudara-mara], tiada siapa yang sanggup menjaga Fatimah. Puan Ummu Liza yang kebetulan menguruskan pengebumian ibu Fatimah, dengan rela hati menjaga Fatimah seperti anaknya sendiri.
Anak ini pula bernama Zakaria. Seorang kanak2 yang mengalami masalah terencat akal. Selain Fatimah dan Zakaria, terdapat beberapa lagi kanak2 istimewa di bawah jagaan Ummu Liza yang berumur dari 1 tahun hingga 17 tahun. Mereka ialah Azlina yang mempunyai masalah hati, Naim [10 tahun] pengidap Hepatitis B, Ammar [12 tahun] yang mengidap sakit buah pinggang dan Amir yang mengalami masalah penglihatan.

Ummu Liza sendiri adalah seorang surirumah sepenuh masa dan ibu kepada 9 orang anak. Tidak mempunyai pendapatan tetap, menjual kain dari rumah ke rumah. Disamping itu juga, Ummu Liza adalah salah seorang jemaah yang membantu perihal pengebumian jenazah2 wanita di sekitar tempat tinggalnya, di mana kadangkala beliau langsung tidak mengenakan sebarang bayaran di atas hasil kerjanya, kerana dikalangan penduduk di situ juga miskin dan daif.

Suami Ummu Liza pula bekerja sendiri dan hasil pendapatan beliau akan digunakan bagi menampung kehidupan mereka semua termasuklah membayar sewa rumah sebanyak RM 700 sebulan, rumah teres 2 tingkat yang mempunyai 2 buah bilik yang terletak di Sg. Buloh.

Kelazimannya, selepas memastikan kanak2 istimewa di bawah jagaannya dihantar ke sekolah, rutin harian Ummu Liza ialah ke Pasar Selayang, menunggu sehingga segala aktiviti jualan di pasar tersebut selesai, barulah Ummu Liza membeli sayuran dan ikan2 yang di 'reject' dengan harga yang murah untuk dijadikan santapan mereka pada setiap hari.

Ummu Liza pernah memohon bantuan daripada pihak berwajib, namun prosedur yang ketat telah mengetepikan permohonan beliau. Daripada membiarkan anak2 istimewa tersebut dibiar hidup melarat, Ummu Liza bernekad untuk terus menjaga mereka selagi hayat dikandung badan, biarpun tidak mendapat bantuan daripada pihak berwajib.

Selepas aku membaca kisah Rumah Amal Baitul Kasih, aku terus menelefon Ummu Liza dan bertanyakan keperluan yang sangat2 diperlukan dalam masa terdekat ni. Berikut adalah senarai barang2 yang dipohon oleh Ummu Liza:

Telekung [15 pasang] - Sudah ada penderma yang memberi sebanyak 3 helai
Blender [4] - Opismet aku dah derma
Iron [4] - Manager aku dah derma
Kipas [4] - Sudah ada penderma untuk sebuah kipas. Perlu 3 lagi. *updated*

Disamping itu juga, Ummu Liza menerima segala jenis bentuk sumbangan termasuklah:

Makanan harian [e.g. garam/gula/beras/tepung/susu/milo... etc]
Peti ais - Dah ada penderma. Perlukan pick-up truck jek lagi. Anyone? *updated*
Pembaik-pulihan rumah [e.g. cat]
Baju untuk anak2 dan ibu tunggal/tinggal [yang masih dalam keadaan yang baek]
Mesin basuh

Inilah rumah Ummu Liza yang menempatkan 32 orang kanak2/ibu tunggal. Kelihatan sungguh daif kan? Aku dan opismet2 aku bercadang nak bergotong-royong untuk mengecat rumah tersebut sebelum raya nanti. Tapi tarikh dan masanya belum dapat ditetapkan lagi.

Jadi, aku merayu dan memohon sangat2 keprihatinan dan budi baik semua pembaca blog aku, untuk sama2 membantu meringankan beban Ummu Liza nih dengan memberi apa jua bentuk sumbangan. Aku terima cash, baju, kuih dan apa saja. Niat aku cuma satu, ingin gembirakan anak2 yang amat perlukan kasih sayang dan kegembiraan sempena menyambut kedatangan Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi.

Sesiapa yang sudi untuk menghulurkan sumbangan, sudi apalah kiranya bank-in kan duit ke dalam akaun aku, then maklumkan kepada aku beserta dengan bukti transaksi dengan email kepada aku di alamat tipahvogue@gmail.com.

No. akaun: 114093434610
Maybank
Nor Aimah binti Mohd Nor

Ingin sekali aku maklumkan disini, aku terpaksa gunakan akaun aku kerana Ummu Liza bitaw yang dia baru sahaja kehilangan buku akaunnya, serta handphone. Handphone yang digunakan sekarang nih pun dipinjamkan oleh kawannya.

Tapi sekiranya kalian ingin memberi sumbangan dalam bentuk barang, kalian boleh email kat aku dan kita buat temujanji untuk berjumpa di mana2.

Dan sekiranya kalian ingin menyampaikan sumbangan secara direct kepada Ummu Liza, kalian bolehlah menghubungi beliau di talian 012-2663649. Alamatnya pula ialah:

Rumah Amal Baitul Kasih
32, Jalan U19/1
Taman Seri Buloh
Sungai Buloh.

Walaupun kita hidup agak senang dan mewah, namun tanpa kita sedari, masih ada insan2 di luar sana yang amat memerlukan bantuan kita. Marilah sama2 kita tunjukkan semangat prihatin kita sebagai rakyat Malaysia yang berhati mulia, dengan membantu mereka selagi terdaya. Insya Allah, semoga Allah memberkati kehidupan kita semua di dunia dan di akhirat kelak.

Nota kaki cagu: Kalau ada yang nak derma, submit before 19 September ya. Thank you so much!!!!

2 comments:

Amiene Rev said...

Hayakallah,

Kepada Kak Tipah Vogue... cuba baca di ruangan komen saya, ada sesuatu yang saya harap pihak Charity Squad dapat memberi sudut pandangan sendiri mengenai rumah amal tersebut.

Sebab... macam serius, tetapi saya tetap mahukan pandangan daripada satu pihak yang lain pula.

Demi kebaikan anak-anak yatim.

Serius dan urgent! Juga mengenai kes Fatimah.

Serius dan urgent!

tipahvogue said...

harap jawapan yang diberikan di blog akak memuaskan hati awak ye...