CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 19, 2007

Bantuan Bencana Alam - Satu Untuk Satu

Satu Untuk Satu adalah satu sumbangan anda untuk satu mangssa. Beli satu ubat gigi/sabun/berus gigi serahkan kepada kami untuk disampaikan kepada mereka sebagai tanda kasih sayang anda.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera

Kami sedang menjalankan projek ke-2 kami 'Bantuan Bencana Alam' (BBA Projek) bagi bencana banjir di Johor. Sehubungan dengan itu, kami mengalu-alukan sumbangan daripada anda disamping bersama-sama menjalankan tanggungjawab sosial menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana tersebut.

Seperti yang dimaklumkan, mangsa bencana amat memerlukan bantuan seperti berikut:
- Pakaian kanak-kanak dan bayi (diutamakan)
- Pampers/lampin (diutamakan)
- Tuala mandi
- Susu bayi 1 - 6 bulan - 1 tahun - 6 tahun / Milo (sekiranya berkemampuan)
- Sabun antibakteria (diutamakan)
- Ubat gigi dan berus gigi kanak-kanak & dewasa (diutamakan)


Bantuan boleh dibuat melalui dua cara:
1) Beli dan hantar ke lokasi pengumpulan di kaunter GYM BNM (digalakkan).
2) Menyalurkan wang ke akaun dibawah:

Maybank 162076018103 Suriyati Hussin
Maybank 114093434610 Nor Aimah Mohd Nor

Projek ini akan berlangsung bermula hari ini 19 - 26 Januari 2007.
Sila hubungi Sa'odah (8398) atau Idarina (8502) untuk sebarang pertanyaan.

~Satu untuk Satu lambang keperihatinan anda~


Regards,
Fay

0 comments: