CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, October 19, 2006

Laporan Projek Syawal 2006 - Asrama Penyayang Nur Iman

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semalam, Rabu bersamaan 18 Oktober 2006, Aemiey, Mya dan Ida telah berkesampatan untuk menyampaikan sumbangan dari kalian ke Asrama Penyayang Nur Iman yang terletak di Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur.

Sebelum memulakan perjalanan, kami telah singgah ke Jaya Jusco, Wangsa Maju untuk membeli barang2 keperluan seperti milo, gula, susu, kordial dan biskut, hasil sumbangan ikhlas kalian yang berjumlah RM 150.

Photobucket - Video and Image Hosting
Barangan2 keperluan yang dibeli dari Jaya Jusco, Wangsa Maju.

Photobucket - Video and Image Hosting
Beg kertas yang berisi air tin, kuih dan muffin.


Walaupun perjalanan kami menghadapi sedikit masalah seperti kereta Ida kehabisan minyak, sesat [kami telah mendapat info alamat yang salah, mencari di kawasan perkampungan Bandar Dalam, Sentul, walhal asrama tersebut telah berpindah ke Taman Ibu Kota setahun yang lalu], cuba menelefon Ustazah Sarimah tapi tidak berjawab [kerana beliau pergi solat terawikh dan hanya pulang ke asrama pada jam 10pm], terpaksa bertanya pada pakcik2 di tepi jalan, bertanya pada peniaga kedai runcit/abg mekanik/pakcik yang cacat/adik2, termasuk ke jalan mati dan bermacam-macam lagi masalah yang timbul, namun ianya tidak mematahkan semangat kami untuk terus mencari asrama tersebut.

Photobucket - Video and Image Hosting
Signboard yang terletak di pagar asrama terbabit


Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya sampai ke Asrama Penyayang Nur Iman bila jarum jam hampir menunjukkan ke angka 10.15pm. Kami disambut dengan baik sekali oleh anak2 yatim piatu dan anak2 dari keluarga yang tidak berkemampuan. Mereka bergotong-royong membantu kami mengeluarkan barang2 sumbangan dari dalam bonet kereta kami. Bibir mereka tidak henti2 mengucapkan ribuan terima kasih kepada kami [kepada kita semua khasnya] kerana sudi menghulurkan sumbangan.

Photobucket - Video and Image Hosting
Kanak2 lelaki yang menyambut ketibaan kami.

Photobucket - Video and Image Hosting
Bekerjasama mengangkat barang2 sumbangan.


Menurut Ustazah Sarimah, anak2 tersebut sedang menantikan wakil dari sebuah syarikat yang berjanji untuk menderma kasut raya kepada mereka. Wakil syarikat tersebut berjanji untuk datang ke asrama tersebut pada jam 2pm, namun sehingga jarum jam mencecah 11pm, bayangan wakil syarikat tersebut tidak langsung kelihatan. :(

Photobucket - Video and Image Hosting
Kanak2 perempuan berkumpul di sudut asrama.

Photobucket - Video and Image Hosting
Kanak2 lelaki yang sibuk mengulangkaji pelajaran.



Untuk makluman semua, kanak2 lelaki dipisahkan daripada kanak2 perempuan. Asrama yang kami kunjungi semalam merupakan tempat mereka berkumpul dan merangkap hostel untuk kanak2 lelaki. Kanak2 perempuan ditempatkan pula di sebuah rumah di Medan Idaman. Perbelanjaan sewa bulanan mencecah RM 3100 setiap bulan dan bayaran tersebut semuanya diterima daripada sumbangan orang ramai. Begitu juga dengan barangan keperluan asrama tersebut, duit yuran sekolah kanak2 terbabit. Nauzubillah. Bayangkanlah jika tidak ada sesiapa yang menyumbang ke asrama terbabit, bagaimanakah nasib anak2 tersebut?! Isk!!! Terharu rasa dihati.

Photobucket - Video and Image Hosting
Ustazah Sarimah tak sihat malam tu, batuk2. Semoga cepat sembuh.


Ustazah Sarimah merupakan pengasas bagi Asrama Penyayang Nur Iman. Sebelum ini, beliau pernah mengajar di sekolah agama, sekolah kebangsaan namun beliau telah tekad dan berhenti kerja lalu menubuhkan Asrama Penyayang Nur Iman dengan dibantu oleh adik2 dan rakan2 taulan secara sukarela tanpa sebarang bayaran pun. Ustazah Sarimah memaklumkan kepada kami, asrama tersebut menerima anak2 dari keluarga yang tidak berkemampuan, anak2 yatim piatu dan juga anak2 orang asli mualaf. Kanak2 yang paling kecil yang menghuni asrama tersebut berumur 6 bulan dan yang paling besar berumur 14 tahun. Menurut Ustazah, mereka akan menjaga kanak2 tersebut sehingga mereka mendapat pekerjaan, dan bagi kanak2 perempuan pula, mereka sudi menjaga sehingga kanak2 tersebut mendirikan rumahtangga [sekiranya tidak mendapat pekerjaan]. Besar sungguh pengorbanan yang dilakukan oleh Ustazah Sarimah. Kagum sungguh dengan semangatnya yang kental itu.

Sewaktu kami ingin pulang, kanak2 perempuan juga ingin pulang ke asrama mereka dengan menaiki van. Sekali lagi hati kami dipaut rasa pilu bila menyaksikan sebuah van penuh sendat dinaiki kanak2 perempuan seramai 20 orang. Bayangkanlah! Hanya itu sahaja kenderaan yang mereka ada untuk membawa kanak2 tersebut kemana-mana sahaja. Isk!

Ustazah Sarimah menyampaikan salam buat kalian semua yang telah sudi menghulurkan derma/sumbangan dengan ikhlas. Insya Allah, jika ada kesempatan, kami akan pergi lagi ke asrama tersebut untuk menyumbangkan pakaian dan alat2 tulis kepada anak2 yang bernasib malang itu.

Sekiranya masih ada lagi dikalangan kalian yang ingin menghulurkan derma/sumbangan ikhlas tak kira dari segi apa pun [samada wang tunai, alat tulis, pakaian, barang2 keperluan], kami menerimanya dengan hati yang terbuka.

Semoga Allah memberkati usaha murni kita semua, Insya Allah.

Sekadar renungan: Terfikir kalau kita ditempat mereka. :(

2 comments:

Amiene Rev said...

alamat yang betul untuk Asrama Penyayang Nur Iman?

Asrama Penyayang Nur Iman,
AQ 1 Jalan Bakubang Taman Setapak
53100 Kuala Lumpur

betul ke? saya nak updatekan dlm website saya.

Anonymous said...

betol ke alamat yg komen lagi satu tu bg??