CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 16, 2006

Derma bagi pihak yang telah meninggal dunia

[Entry ini dipetik dari sebuah email yang dihantar oleh seorang teman]

Assalamualaikum...

Kepada semua pembaca email nih. Saya amat tertarik dengan ceramah yang saya dengar tempoh hari sempena israk mikraj. Penceramah tersebut ada menyentuh tentang kebaikan bersedekah ni, dia membuat perbandingan dengan sembahyang…inilah petikan ceramah beliau:-

Sememangnya sembahyang itu wajib didirikan walau apa cara sekalipun… mari kita lihat sebelum sembhayang hendaklah kita berwuduk dalam bewuduk ada yang sah dan mungkin juga tidak.. Wallahualam.

Selepas tu kita pun sembahyang… dalam sembahyang pun ada jugak betul dan ada yang tak betul kita lakukan. dari segi fatihahnya, ruku’nye dan rukun2 yang lain dalm mengerjakan solat,samada sembahayang kita sah atau tidak itu Allah yang menentukan…. Wallahualam.

Tapi bila besedekah dengan ikhlas maka Allah akan terima bulat2 amalan kita itu…. Inikan pula sedekah untuk pembinaan surau atau masjid. Selama mana orang mengunakan surau/masjid itu selama itulah kita mendapat keberkatan…tapi jangan pulak kita tak sembahyang lepas ni dan bersedekah je.. tak betullah tu.. sedekah dan sembahyang mesti dilakukan seiring.

Saranan saya bersedekahlah dan niat untuk ahli keluarga yang dah meninggal…kerana kalau sedekah bg pihak yg dah meninggal mereka akan dapat separuh kebaikan daripada org yg hidup bersedekah… Bagi saya separuh itu cukup besar dari tak dapat langsung.. kerana mereka kat dalam kubur tu amat mengharap drp kita yang hidup utk sedekahkan Fatihah atau membaca Yasin… atau berdoa..cuba fikir kalu kita mati pulak sape nak berdoa untuk kita, mungkin anak pastu cucu dan rasenye sampe situ je.

Tapi kalu kita sedekah-jariah semasa kita hidup… anda renungkanlah sendiri…kebajikan yang kita dapat tidak akan terhenti seperti kita punya amalan setelah kita mati… malah ia akan berteruskan sampai akhir zaman.

Disini adalah salah satu cabang yang saya tahu untuk beramal jariah..Ikut suka anda nak derma berapa. Kalau tak pasti pergilah deposit machine dan tekan no. accaunt ni apabila tertera nama surau ni masukan berapa nilai yang anda inginkan..untuk pengetahuan anda pihak kami telah mendapat kelulusan meminta derma. Barangsiapa nak resit bolehlah berhubung dgn saya terus.

Nama surau : SURAU AL-HIDAYAH DESA COALFIELDS
No Akaun MBB : 5627 4010 4440
Alamat : No. 21 Jalan DC 1/7, Desa Coalfields, 47000 Sungai buluh, Selangor

Sekian terima kasih..

WASALAM


Kepada yang ada niat nak derma ke surau tersebut, boleh la berbuat demikian ye. Tapi jika masih ada yang ingin menghulurkan derma kepada Projek Syawal, anda masih boleh berbuat demikian dengan menghantar wang yang ingin didermakan melalui Maybank2u ke nombor akaun seperti yang berikut: -

Maybank 162076018103 Suriyati Hussin [email: suri@bnm.gov.my]
Maybank 114093434610 Nor Aimah Mohd Nor [email: aimah@bnm.gov.my]

Dermalah dengan hati yang ikhlas demi mendapat rahmat dan keberkatan dari-Nya.

Selamat menjalani ibadah puasa! ;)

2 comments:

Amiene Rev said...

betul tu. semasa saya mengajar di rumah anak-anak yatim, seringkali datang dermawan-dermawan memberi derma mewakili orang yang telah meninggal dunia.

paling tertarik ialah, datang dua anak beranak, ayah dan anak yang mendermakan untuk arwah si isteri (isteri kepada si ayahnya, ibu kepada si anaknya).

tipahvogue said...

..semoga Allah menerima doa kita...